Pengalaman sebagai IT Service Desk
Dalam hidup nie, kita memang banyak impian kan. Sejak dari kecik, orang tanya nak jadi apa, kita pn jawab la nak jadi doktor, polis.. Pernah masa darjah 4, teacher tanya "What is your ambition?" Dengan confident, I jawab "I want to be a teacher, just like you." Cikgu pun kembang abih dengar. Haha pandai pulak bodek cikgu masa kecik2.
Semangat nak dapat kerja impian tu memang tinggi. Mula dari praktikal lagi, dah start cari kerja. Ada member praktikal cakap nak duduk relax dulu lepas grad. Tapi memang pasang tekad dah x sabar nak merasa gaji sendiri. Alhamdulillah, tak sampai dua bulan lepas praktikal, terus dapat offer kerja kat KL sebagai Siebel developer walaupun xtau benda apa la tue.
Seronok jugak kerja, tambah-tambah dalam multinasional company. Bergaul dengan orang Philippine, Thailand, Iran, India, Vietnam. Memang dari dulu teringin sangat nak optimumkan English. Dulu pernah join debate team, tapi lari sebab malas join boot camp dia haha. Social sangat.
Lepas kerja 7 bulan kat situ, company kena downsize sebab bajet kurang. Lagipun project dah pn go live, tapi macam banyak lagi error. Waktu tu, ramai kena berhenti, termasuk la diri ini. Maka, bermula job hunting sekali lagi. Waktu tu menganggur jugak la 1 bulan kat rumah sewa. Xmau balik kelantan sebab susah nak ulang alik pergi interview. Rasanya dalam 4 interview jugak, last2 dapat offer sebagai IT Service Desk.
Haaa baru masuk topic. Rasanya orang yang tengah baca entry ni, mungkin dapat offer IT Service Desk, dan nak tahu apa skop kerja dia. IT Service Desk ni boleh dikaitkan sama skillset dengan Customer Service, tapi fokus pada IT. Kena angkat call atau jawab email, bergantung macamn communication tool yang company tu guna. Untuk my job, kami support external client. Maksudnya company B beli service dengan company kami, untuk selesaikan apa2 saja issue - software, hardware network dll. Kebanyakan company akan outsource IT service sebab lagi murah dan xperlu bagi traning kepada employee sendiri. Dalam mana2 company, IT Service Desk memang penting sebab semua company sekarang guna computer, internet. Jadi kalau apa2 masalah, refer ja pada IT Service Desk.
Rata-rata colleague yang kerja service desk ni bukan ada IT background pn. Ad yg amik biology, engineering masa belajar dulu. Medic pn ada. Zaman sekarang memang susah nak dapat kerja yang kita nak. Tak perlu risau pasal IT knowledge, lama2 buat akan biasa tambah2 boleh belajar dengan senior. Yang penting, English la sebab most IT Service Desk, akan support global user. Communication skill boleh diasah, tapi akan sakit sikit la bila ada sesi dengan QA (Quality Analyst). Dia akan tegur English yang broken haha. Kena guna proper sentences bukan main cilop ja.
Kerja service desk ni memang korang akan kerja dalam team. InsyaAllah akan sentiasa ad senior yang boleh tolong. Nanti bila jadi senior, kita pula tolong junior. Jadi, attitude teamwork kena jaga, sebab nanti silap hari bulan kena pulau dengan team, kan susah. Rasanya kat mana2 company pn macam tu jugak.
Verdict sepanjang 4 tahun kerja dalam bidang nie, yang suka ialah xpayah bawa balik kerja. Habis waktu kerja, xpayah fikir dah. Ni kalau untuk 1st dan 2nd level. Kita pun xboleh nak buat kerja dari rumah sebab kena guna intranet saja untuk masuk tool, server. Melainkan company bagi laptop, haa tu kena jaga-jaga. Tapi yang paling tak suka adalah kerja shift. Shift akan bergantung pada client kita. Kalau support global user, mesti la kena cover 24 jam. Walaupun kat malaysia tengah malam, kat masa ka US, siang. Setakat kerja dua company, xpernah lari dari kerja weekend dan graveyard shift.
Sebelum ni, memang xdak masalah pun pasal shift dan kerja weekend sebab hidup single, Tapi bila kawin, dan tambah-tambah tengah expecting sekarang, semestinya akan fikir untuk tukar kerja. Doakan daku dapat dimurahkan rezeki untuk dapat kerja lain. InsyaAllah
Comments
Post a Comment